what i m selling

what i m selling

JOM ORDER??

Name:
contact no:

This HTML form was created by Freedback.

Tuesday, 3 September 2013

TINDAKAN YANG SALAH KETIKA MERAWAT JERAWAT

Assalamualaikum gojess.. Entry kali ini saya akan membincangkan 'Kesalahan2 yg dilakukan ketika merawat Jerawat'.

# Kesalahan Pertama - TIDAK memberi MASA utk kulit bertindak pada rawatan yg diberikan. Kulit bertindak agak perlahan pada apa2 rawatan yg diberikan. Kerap kali, pelanggan saya akan mengeluh bila saya katakan jerawat memerlukan 2-4 bulan, minimum, utk dikawal. Give your skin time to heal and react to treament. Sabar adalah kunci kejayaan !

# Kesalahan Ke 2 - Menggunakan terlalu banyak produk dalam masa yg sama. Ini akan mengelirukan kulit anda dan munkin boleh menyebabkan radang. Sebab itulah saya hanya menggunakan few products utk permulaan dan akan introduce produk yg seterusnya satu persatu pada rawatan susulan.


# Kesahahan ke 3 - Over-cleansing @ scrubbing - Membersih muka terlalu kerap ( >2X/sehari) menggunakan pembersih dan menggunakan 'scrub' ( cth: apricot seed scrub) boleh merosakkan lapisan perlindungan kulit dan menyebabkan radang. Jerawat bukan disebabkan oleh 'kotoran'. Jika jerawat disebabkan oleh kotoran, tentulah dah banyak jerawat tumbuh dikaki


# Kesalahan ke 4 - Memilih produk yg salah utk rawatan. Cthnya : Pencuci yg terlalu 'kuat', sabun yg tinggi tahap alkali( banyak buih) dan produk mengandungi alkohol yg boleh menyebabkan jerawat bertambah teruk. Produk yg mengandungi minyak juga boleh menyebabkan liang tersumbat.

# Kesalahan Ke 5 - Memicit jerawat dan menggunakan jarum utk mengeluarkan nanah pd jerawat. Kebanyakan kita obses dgn jerawat dan akan melihat jerawat berkali2 dlm sehari. Mereka akan mencuba sedaya upaya utk mengeluarkan jerawat dgn apa cara sekali pun. Ini akan melambatkan proses pemulihan dan munkin menyebabkan parut kekal. so DON'T pick on your acne.


# Kesalahan ke 6 - Menangguh terlalu lama utk berjumpa Doktor. And perlu mula berjumpa doktor jika jerawat:
1) Mula memberi kesan pada keyakinan diri anda.
2) Mula bengkak dan sakit.
3) Mula meninggalkan parut, terutama parut berlubang/timbul.
4) Produk2 yg dijual di luar tidak memberi kesan pada jerawat anda.

# Kesalahan ke 7 - Terlebih guna @ Terkurang guna produk yg diberikan. Jika terlebih guna, ia tidak akan mempercepatkan proses pemulihan, malah boleh menyebabkan radang pd kulit. Terkurang guna, cthnya, hanya meletakkan produk pada tempat jerawat shj (spot-treating) dan tidak seluruh muka, akan melambatkan proses pemulihan dan juga akan menyebabkan jerawat keluar ditempat yg tdk disapu ubat. Separuh dari kejayaan rawatan adalah disiplin dan istiqamah.


# Kesalahan ke 8 - BERHENTI menggunakan produk jerawat setelah jerawat tiada lagi. Jerawat perlu dikawal dgn menggunakan produk pengawalan secara berterusan-Maintainance. Seperti mana kita maintain kereta kita ie- servis setiap 5000km, kita juga perlu maintainance kulit kita, tambah2 lagi jika kulit bermasalah. Setelah jerawat tiada, anda masih PERLU TERUS menggunakan produk pengawalan jerawat ttp tidaklah sekerap ketika merawatnya.

No comments:

Post a Comment