what i m selling

what i m selling

JOM ORDER??

Name:
contact no:

This HTML form was created by Freedback.

Wednesday 12 June 2013

BAHAYA PRODUK BER"MERKURI"

Assalamualaikum... yeah very late entry. hihi pasni nk tido. Gara2 tido lama tgh hari tadi. Mlm mcm segar bugar lah pulok. So utk entry kali ni sy nak share info penting yg perlu kita tahu sebenarnya.

INFO PENTING!!!

Tahukah anda bagaimana produk ber"MERKURI" memainkan peranan untuk menghalang pertumbuhan jerawat pada kulit muka? Merkuri adalah bahan yang sangat mudah meresap kedalam kulit serta merta mematikan sel-sel dalam kulit hingga mengakibatkan lapisan kulit epidermis semakin rosak dan kulit tidak mengandungi protein & melamin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran UV matahari.Disebabkan itu kuman,bakteria & nyamuk juga tidak suka akan kulit yang tidak mengandungi protein dan telah tercemar akibat penggunaan merkuri pada bahan kosmetik yang akan menghalang pertumbuhan jerawat pada kulit muka.


cara untuk mengenali krim rawatan wajah yang mengandungi merkuri
  • secara umumnya, krim pemutih wajah yang ada kandungan merkuri berbau agak keras. Kadangkala ada pengeluar yang menggunakan haruman yang agak kuat bagi menutupi bau logam merkuri tersebut. Jadi, jika krim yang anda gunakan berbau logam atau berbau terlalu wangi, ia boleh dimasukkan juga dalam senarai "yang disyaki"... :-)
  • Krim yang mengandungi merkuri agak berkilau warnanya. Jika kita buka penutup krim berkenaan, bahagian bawah penutupnya agak berkilauan / hologram. Cuba oleskan di hadapan cermin dan perhatikan pada wajah anda, ada atau tidak kesan kilauan (ala-ala merelip gitu.. :-) ). Krim yang bagus sepatutnya berwarna putih dan tidak berkilau.
  • Dapat memutihkan kulit wajah dalam masa yang sangat singkat. Semakin tinggi kandungan merkuri, semakin singkat ia memberi kesan pemutihan (bukan pencerahan). Kulit pengguna akan jadi putih pucat seperti mayat dan bukannya cerah semulajadi dan berseri-seri.
  • Pada peringkat awal penggunaan, kulit akan mengalami iritasi dan sangat sensitif kepada cahaya matahari hinggakan apabila anda berada di bawah panas terik mentari, kulit akan terasa pedih dan kemudiannya merah seperti udang dibakar...
  • TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI (mesti ramai yang suka kan?). Awas yer...ini bukan petanda bahawa krim itu telah memulihkan wajah anda 100% tetapi sebenarnya ia merupakan satu petanda awal lapiasan epidermis kulit kita telah ROSAK, kulit sudah tidak mengandungi protein & melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran radiasi. 
  • Bakteria adalah antara punca jerawat, tetapi apabila kulit telah dicemari merkuri, bakteria pun tak nak singgah di kulit kita...BAKTERIA PUN TAHU TAKUT PADA KESAN KERACUNAN MERKURI, kenapa kita pula harus menggunakan merkuri demi kecantikan yang seketika? :-)
Apabila penggunaan krim dihentikan, akan timbul bintik-bintik hitam di bawah kulit dan merata wajah. Lama-kelamaan kulit akan menjadi kelabu dan akhirnya kehitaman...KULIT KEMBALI KUSAM lebih teruk dari sebelumnya....

UJIAN RINGKAS

Semasa mencari info tentang merkuri ini juga, saya telah terbaca entri di blog Dr. Zubaidi, cara untuk mengagak sesuatu produk itu mengandungi merkuri atau tidak dengan cara berikut:
  • Sapukan krim berkenaan pada tapak tangan
  • Sapukan krim berkenaan pada cincin emas atau barang kemas kita yang diperbuat daripada emas (pastikan emas tulen yer...) - untuk kaedah ini saya tukarkan sikit caranya iaitu saya gosokkan cincin emas ke atas krim di tapak tangan saya
  • Jika produk / krim itu mengandungi merkuri, krim itu akan bertukar menjadi warna kelabu, Semakin gelap warna kelabu bermakna semakin tinggi kandungan merkuri di dalamnya.





say no to mercury

No comments:

Post a Comment