what i m selling

what i m selling

JOM ORDER??

Name:
contact no:

This HTML form was created by Freedback.

Sunday 3 February 2013

Kenapa pakai Aura Maya Formula Baru keluar jerawat??

Assalamualaikum,

Zamaya Network, pengeluar Aura Maya juga menerima feedback yang sama daripada customer yang rata2 mengadu keluar jerawat, muka jadik makin kusam dan gelap selepas pakai aura maya formula baru ni. Baca kat bwh ni, penjelasan daripada pihak Zamaya sendiri. Hope this helps!

"Salam pada semua penyokong tegar Aura Maya dan Selamat Menyambut Hari Mauludul Rasul. Kami menyucapkan ribuan terima kasih diatas sambutan produk baru AURA MAYA VERSI KOREA kami. Sebagai biasa produk baru akan terdapat berbagai reaksi daripada penguna, apatah lagi para pengguna telah biasa dengan Aura Maya yang versi lama. Aura Maya versi Korea adalah hasil daripada usaha2 kami kearah produk yang jauh lebih baik dan bermutu. Jestru itu kami mengharapkan maklumbalas daripada para pengguna untuk menghasilkan produk yang dapat memenuhi citarasa semua.

Aura Maya Korean set adalah rumusan yang difomulasikan oleh Zamaya Network dan dibuat oleh sebuah syarikat kosmetik terkemuka di Korea. Segala maklumbalas daripada para pengguna akan dijadikan panduan bagi kami untuk memperbaiki mutu produk kami. Sebagai trend setter, tak hairanlah akan ada pesaing kami akan mengatakan yang produk mereka juga ORGANIK.

Diantara rungutan yang kami terima ialah;

1. Tindakbalas yang lambat berbanding AM lama – 

Tindakan yang cepat tidak bermakna produk itu baik untuk kulit wajah. AM baru bertindak secara perlahan dan keselamatan kulit terjamin. Ianya dirumus daripada ekstrak bahan-bahan organik melalui teknologi NANO. Ia meresap terus kedalam kulit untuk rawatan yang lebih menyeluruh tanpa kesan melekit di kulit. Tindakannya agak perlahan tetapi dalam jangka masa 3 minggu pengguna akan merasai hasilnya. Ia tidak memutihkan kulit secara berlebihan dan akan mengekalkan warna kulit yang asli, gebu dan tersangat lembut. Ia tidak menghakis kulit wajah malah merangsang pertumbuhan sel-sel baru untuk awet muda.

2. Ada yang mengadu kulit kusam selepas beberapa hari – 

Ini akan berlaku buat sementara waktu sahaja. Produk ini adalah produk organik, AM lama dari herba dan akan ada sedikit bahan kimia yang terhasil daripada reaksi oleh bahan-bahan yang digunakan, bukan bahan kimia yang sengaja dicampur. Ini akan ada tindakbalas apabila pengguna mula mengunakan AM baru 100% organik. Jadi kami menasihatkan supaya teruskan pengunaan AM baru tanpa ragu-ragu. Anda akan dapat melihat hasilnya, bersabarlah.

3. Timbul jerawat halus {jerawat pasir} – 

Ini adalah kesan biasa {healing Crisis], teruskan rawatan.

4. Jerawat batu – 

Sapukan serum pada jerawat. Ada dua kesan

a] Jerawat akan kecut dan kering, teruskan pengunaan serum.
b} jika jerawat berterusan, hentikan penggunaan serum, teruskan mengguna Intense Cream sehingga jerawat reda. Bolehlah menggunakan serum selepas itu.

Produk kami terjamin Selamat untuk digunakan dan telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan dikeluarkan oleh kilang GMP.

Aura Maya Intense Cream – NOT130102215K
Aura Antiaging Whitening Cream – NOT130102216K
Aura Maya Radiant Facial Soap – NOT1301012214K


Kami ingin mengingatkan kepada semua pengguna AURA MAYA bahawa kami TIDAK LAGI MENGELUARKAN AURA MAYA VERSI LAMA. Sekiranya terdapat ada lagi mereka2 yang menjual Aura Maya Versi lama kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa2 tindakbalas yang memudaratkan apabila digunakan pada pembeli dan pengguna.

Kepada yang berminat untuk menjadi agen dan stokis, kami mengucapkan terima kasih. Buat masa ini diharap bersabar dan terus berurusan dengan agen-agen berdekatan.

Sekian terima kasih."


No comments:

Post a Comment