what i m selling

what i m selling

JOM ORDER??

Name:
contact no:

This HTML form was created by Freedback.

Tuesday 6 September 2011

All About Pregnancy Part (5 )

Terdapat 3 peringkat proses bersalin:


1.
Peringkat pertama
Serviks akan terbuka perlahan-lahan sehingga bukaan berukuran 10 cm bagi membolehkan bayi keluar. Pengecutan otot pada mulanya agak perlahan setiap 10 minit dan bertambah kuat dan kerap. Pada akhir peringkat pertama pengecutan berlaku setiap 2 hingga 3 minit dan berterusan selama 40 saat. Peringkat pertama biasanya  mengambil masa lebih kurang 8 jam.

2.
Peringkat kedua
Peringkat ini bermula apabila serviks telah terbuka sepenuhnya dan berakhir apabila bayi dilahirkan. Dengan bukaan serviks yang luas, bayi akan bergerak turun sehingga kepalanya muncul di bukaan vagina. Selepas kepala dan bahunya keluar, bayi boleh keluar dengan mudah. Peringkat ini mengambil masa 30 minit. Biasanya episiotomy (potongan di bahagian bawah vagina) dilakukan untuk mengelakkan vagina dari terkoyak. 

3.
Peringkat ketiga
Selepas bayi dilahirkan, uterus akan terus mengecut dan ia akan dikeluarkan. Peringkat ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.

No comments:

Post a Comment