what i m selling

what i m selling

JOM ORDER??

Name:
contact no:

This HTML form was created by Freedback.

Monday 13 May 2013

TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT

Assalamualaikum.. holla readers monday blues isnt it? chill hokkay, 4 days to go, then ketemu sama weekend lagi.. So entry kali ni nk explain lbih detail mengenai kolagen dalam rumpai laut. Adakah ia fakta@auta?? So kpd penjual PMC kat luar sana, anda xperlu risau, ap yg sy nak explain nnti insyaAllah blh melariskan lagi sales anda. Hopefully ye :)

***RUMPAI LAUT***

Rumpai laut tidak mengandungi kolagen tetapi berupaya membantu mengekalkan dan mengaktifkan proses pembentukan dan penghasilan kolagen dlm kulit manusia.

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yg terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dr jumlah protein dlm tubuh manusia. Kolagen ini sngat penting utk tubuh manusia. Ia berfungsi sbg gam pelekat yg melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Kolagen sering dikaitkan dgn kesihatan kulit. Ianya membantu melambatkan proses penuaan. Sebaliknya tidak membuatkan kulit yg berkedut kembali tegang. (TAKE NOTED ON THIS YAHH).

Bagaimanapun apabila usia makin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah-langkah yg perlu bagi merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan pada bahagian tubuh manusia. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yg tinggi khasiat terutamanya protein bg membantu menghasilkan kolagen di dlm tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu "MENGANDUNGI" kolagen.

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat, dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yg larut dlm air utk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk spt ais krim (ia menghalang proses pembentukan kristal supaya ais blh mengekalkan tekstur licin)

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marine", "eksttak alga", malah ada yg lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi saah satu hydrocolloids yg diekstrak dr rumpai laut. Alginat dan carrageenan blh menigkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. 

Umumnya, rumpai laut yg dikultur dr sabah, terdiri drpd 2 jenis iaitu kappaphycus alvarezii(eucheuma cottonii) dan juga eucheuma denticulatum(eucheuma spinosum) dan juga yg paling bnyak digunakan dlm industri makanan, perubatan dan produk kecantikan adalah kappaphycus alvarezii. Fungsi utama rumpai laut adalah sebagai binder, emulsifier, dan stabilizer disebabkan oleh kandungan karagenannya yg tinggi.

Makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, beta-karotein, dan protein tinggi yg membantu mengekalkan kandungan kolagen di dlm kulit. Bahan berkenaan digunakan dgn meluas dlm pembuatan kosmetik dan bnyak digunakan dlm bidang perubatan.



No comments:

Post a Comment