what i m selling

what i m selling

JOM ORDER??

Name:
contact no:

This HTML form was created by Freedback.

Monday 23 January 2012

IBU... BANTU ADAM TIDO LENA BU..

Nak tidurkan baby ni bkn semudah yg korang fikirkan ye. So kat sini ade beberapa tips yg sy guna untuk bagi si comel sy ni tido.. Adam ni pun bkn jenis yg tidur awal.. paling awal dia tido, kul 11pm. Tapi alhamdulillah, sy mmg xde nak bngun mlm dah.. kalo adam terjaga, sy sumpat je.. haha pastu dia BF la smpai dia tertido.. senang.. :)

Ok sebelum sy merepek dgn lebih pnjang, jom straight to da point lah. Ni ada beberapa tips untuk bantu baby tidur dengan lena..

1. Mandikan dengan air suam sebelum tidur.
bukanlah mandikan mcm yg biasa2 tu. cuma lap2 badan baby guna towel yg direndam kat air suam. Jadi bayi akan rasa sedap nak tidur.

2. Urut seluruh badan dengan baby oil. 
Kuasa urutan memang hebat! Bukan orang dewasa sahaja suka diurut, bayi juga. Urutan melegakan tekanan, memberikan ketenangan, membantu meransang pertumbuhan dan perkembangan bayi dengan lebih cepat, menguatkan otot dan tulang dan sudah tentu merapatkan hubungan kasih antara ibu dan anak..=). 

3. Dodoikan dengan lagu kegemaran dia
Muzik atau alunan lagu yang perlahan boleh membantu bayi tidur lena. 

4. Elakkan merangsang bayi ketika dia hampir tidur.
Contohnya mengagah, bunyikan rattle, bagi dia teether..=). 

5. Biarkan dia bermain sampai letih. Baru dibawa untuk tidur. 
Ada yang cakap kat saya, kena jadualkan waktu tidur bayi. Jangan biar bayi yang buat jadual sendiri. Saya cuba, selepas Isyak bawa masuk bilik untuk ditidurkan walaupun matanya masih bulat. Dan hasilnya, saya stress. Sebab dia masih tak nak tidur, dan apa yang saya dapat hanyalah penat. So, saya biarkan sahaja dia bermain, menjerit, tengok TV etc...sampai lah dia menangis dan merengek untuk minta susu. Inilah masa terbaik untuk ditidurkan..=)

6. Pastikan tempat tidurnya selesa
Tiada semut, debu etc yang boleh menganggu..tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas. 








No comments:

Post a Comment