what i m selling

what i m selling

JOM ORDER??

Name:
contact no:

This HTML form was created by Freedback.
Showing posts with label info sihat. Show all posts
Showing posts with label info sihat. Show all posts

Wednesday, 10 April 2013

POSISI JERAWAT PETUNJUK KEPADA KESIHATAN SESEORANG


Assalamualaikum gojes.. Now tgh tggu hubby dtg ambik me n adam. Kitorang nk ke jusco. Dia from batu caves, pastu dia kata jln jem.. So curi masa jap utk update blog dgn topic yg kebnyakan girls out there mmg berminat or tertarik nk baca. I wish ok! 
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan kalo dah naik banyak2 kat muka. Sampai ada yg sggp xnak keluar rmh bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.
Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.
trying to angkat kening.. jadi ke tidak??kebosanan tunggu hubby dr kul 3.30 td. naseb ur wife ni penyabar hokkay!

the simple me




Wednesday, 3 April 2013

OBESITI DIKALANGAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum semua.. wah pagi ni rasa semangat sngt nak update blog. Pastu info yg sy nk smpaikan pun  mmg best. Dah lama sbnrnya nak tulis entry ni. Tp masa xmengizinkan.. Mcm mana blh terfikir nk buat entry pasal obesiti dikalangan kanak2 ni? Ha well semua org tahu org yg blm tahu, silalah buat2 tahu ye yg sy ada sorang anak lelaki which is still very small.. 18m baru.. hihi so blh consider baby lagi lah kan. hikhik. So kalau i tgk tv, i suka tgk primadona, semanis kurma, reset minda & etc.. Sy mmg aim rancangan yg bnyk bincangkan info2 tentang kesihatan, kanak2 and family. So kalo ada je topic yg best, will sedia kertas n pen, pastu take noted mana2 yg penting. Biasanya semua penting2 belaka. Hihihi..

Last week sy tengok PRIMADONA. Topic diorg spt yg tertera kat atas tu ye.. So meh kita blend ap yg sy dpt dr rancangan tu.


Kesihatan Anak: Kanak-Kanak Obes Berisiko Gemuk Bila Dewasa

Masalah obeseti/berat berlebihan adalah masalah kian meningkat di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak obes lazimnya mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak. Obesiti selalunya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes. Oleh itu kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah berkenaan. Tetapi bagi bayi yang berusia kurang dari 2 tahun, mereka bukan obesiti ye.. jika tubuh bayi , 2 tahun nampak montel, janganlah cuba2 untuk kuruskan mereka. Terutama bagi bayi yang diberi susu ibu, dan mengekalkan makanan yg sihat. Bagi bayi yang . 2 tahun, mereka berisiko menghadapi masalah obesiti kerana pada usia ini, mereka sudah pandai memilih makanan mana yang mereka suka, banyak mana mereka mahu makan, dan jika ini tidak dikawal, tabiat mereka boleh berlarukan sehingga dewasa. 

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Obesiti?

Definisi obesiti menggunakan pengukuran Body Mass Index (BMI). Apa yang dimaksudkan BMI ialah nisbah berat (dalam kilogram) dibandingkan dengan ketinggian (dalam meter) seseorang.

Contoh:

Ali beratnya 80 kg dan ketinggian 170 sm
BMI = 80kg / 1.7X1.7
= 80/ 2.89
= 27.7

Daripada ukuran BMI kanak-kanak atau individu itu, dia boleh dikategorikan sebagai kurang berat, normal, berat berlebihan, obesiti atau obesiti yang teruk


Walaupun ukuran ini agak sukar dilakukan bagi kanak-kanak. Secara amnya jika berat mereka adalah 85 peratus lebih daripada kanak-kanak yang sebaya, kanak-kanak itu tergolong dalam kategori berat badan berlebihan.

Adakah Bayi Boleh Menjadi Obesiti?

Konsep bayi obes adalah sesuatu perkara baru dan tidak mudah diterima. Adalah anggapan yang biasa bayi gemuk dan comel adalah sihat, tetapi ada penyelidikan menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai berat badan berlebihan.
Memulakan makanan pejal yang berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal dan juga minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat bayi. Bagi mengelakkan masalah bayi mempunyai berat badan berlebihan apa yang perlu dilakukan adalah penyusuan secukupnya sehingga usia lebih kurang enam bulan dan permulaan makanan pejal pada usia yang sama sambil meneruskan penyusuan.

Apakah Punca Obesiti?

a) Genetik dan Keturunan
Masalah obesiti berlaku dalam keluarga, ini secara tidak langsung membabitkan genetik sebagai salah satu dari punca obesiti.

b) Sebab persekitaran
Makanan segera atau makanan sedia ada dan juga cara pemakanan seseorang boleh menjadi faktor obesiti.

c) Cara hidup kanak-kanak seperti lebih suka menonton televisyen dan bermain komputer lebih daripada senaman akan menambahkan masalah obesiti

d) Sebab psikologi
Secara umumnya golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesiti. Ini juga benar bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.

e) Masalah metabolisme
Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Oleh itu penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menjadikan kanak-kanak itu menjadi obes. Di antara masalah metabolisme adalah hormon tiroid, berlebihan hormon kortisol dan sekarang ini kekurangan hormon leptin.

Penyakit Yang Boleh Disebabkan Masalah Obesiti

Kencing manis terutama diabetes jenis kedua di mana hormon insulin kurang sensitif
Masalah jantung
Darah tinggi
Sleep apnea atau tidur dengan mengalami kekurangan oksigen semasa tidur.
Masalah reflux (GERD) dan perbagai lagi masalah lain.

Bagaimana Membantu Anak Anda Mengurangkan Berat Badan?

Dengan memakan makanan lebih sihat dan juga melakukan senaman. Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa dan dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan kanak-kanak tetapi berikan makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan. Pujian yang diberikan anda akan menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkan lagi proses pengurangan berat badan.

Bagaimana Memastikan Anak Makan Makanan Yang Berkhasiat?

a) Pastikan seluruh ahli keluarga terbabit dalam proses pemakanan yang lebih sihat. Ini akan mengurangkan rasa terpencil dalam proses itu.
b) Pastikan bila anda memilih makanan , makanan itu tinggi dalam serat dan juga lemak yang rendah.
c) Jika anak anda berumur lebih dua tahun, menggunakan susu yang rendah lemak boleh membantu mengurangkan berat badan. Pastikan kanak-kanak makan di atas meja makan.

Bagaimana Membantu Kanak-Kanak Bersenam Lebih?

a) Kurangkan menonton TV
b) Pastikan anak anda bermain dengan kanak-kanak lain
c) Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari.
d) Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum
Banyak perilaku keluarga menyebabkan masalah obesiti, dari jenis pemakanan keluarga sehinggalah aktiviti yang dilakukan keluarga. Untuk menukarkan perilaku ini bukanlah mudah, oleh itu perkara perkara yang disebut di bawah perlu diberi perhatian. Perlu diingatkan keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya hidup lebih sihat.
Penukaran perlu dilakukan secara perlahan dan tidak drastik. Mulakan dengan perkara perkara yang mudah untuk diubahdan pastikan objektif penukaran tingkah laku keluarga boleh dicapai.



So jom ramai-ramai jenguk facebook Dr Zarin Zain. Beliau memang rajin membberi maklumbalas kepada setiap pertanyaan yang diajukan. DR ZARIN ZAIN

Sunday, 3 March 2013

Tips KURUS


Sharing is caring

6 SEBAB KENAPA SUSAH NAK KURUS
-------------------------------------------
WAJIB BACA!

1. Mengharapkan Hasil yang Tidak Realistik
makan mcm tak mkn seminggu. x nak kawal makan. Ambil ubat bagai, krim bagai lepas tu berangan mmg confirm menjadi...mesti turun atau kempis tanpa nak berusaha sikit. bila tak capai sasaran mula la putus asa..

2. Tidak Memeriksa kandungan Kalori
soal kalori perlu la kita ambik kira.apa yang perlu dilebihkan dan apa yang perlu dikurangkan.sebab itu bila nak diet kena belajar.kena ada ilmu.diet bukan bermakna kena berlapar saja..

3. Tidak atau kurang bersenam
kawal pemakanan saja tak kan buat kita kurus.kena bersenam jugak.tak de orang yang punya bentuk badan menawan dengan hanya berlapar.kena bersenam untuk membina otot2 dan membakar lemak.

4. Mengikuti diet untuk sesetengah jenis makanan saja
sekarang ni macam2 jenis diet ada..diet protein la..diet karbohidrat la.kan??selalunya diet yang macam ni memang mendadak turun berat badan tapi mendadak jugak la naik berat badan kita bila kita mula mengambil makanan yang sebelum ini kita elak kan. sy dah cuba yang ni..tak makan nasik memang turun berat.tapi sampai bila tak nak makan nasik??bila makan badan jadi bulat.

5. Tidur Tidak Nyenyak
kurang tidur memang boleh menyebabkan berat badan naik.bila kita tak tidur masa kita lebih banyak diisi dengan makan.badan pun tak de tenaga.bila tak de tenaga kita malas nak buat aktiviti2 yang lasak dan berat.lemak pun jadi makin tebal..(tidur perlu antara 7-8 jam sehari)

6. Terlalu Banyak pengambilan Garam
garam yang berlebihan membuat tubuh menahan air. ini akan buat perut kita nampak buncit. Sebab itu, kurangkan makanan yang banyak mengandungi garam, salah satunya makanan segera.




p/s : tapi kata hubbyku, perut kita ni mcm belon.. JIKA kita makan banyak, seluruh perut kita akan mengembang dengan pesat kemudian mendorong kita untuk mengambil makanan berlebihan setiap kali makan... JIKA kita mengawal pengambilan makanan dengan sedikit sahaja, maka perut kita tidak akan terdorong untuk makan dengan kuantiti berlebihan kerana perut kita kecil...Hmmm so mungkin sbb tulah ak ni xgemuk2.. sejak pindah n study kat kolej year 2007, i used to eat sikit.. So perut pun kecik :) 

Wednesday, 18 July 2012

Berhati-hati ye..

Ok today nk cite sikit pasal kesihatan.. Lately kalau kita bukak je facebook, mesti ada je yg promote pasal produk utk kurus.. Yesss, sapa yg xnak kelihatan langsing dan menawan kan?? Semua nak.. Tapi pernah x kita fikir kesan sampingan dia? hehe jgn ckap org, sy pun pnah ambik.. Dr skolah menengah sy pnah ambik.. Tapi dulu sy juz ambik losyen.. Xingat apa nama dia. Tapi sumpah panas giler.. Berpeluh woo tiap kali pkai.. Sy dulu dok hostel. So jgn hairan la.. Hehehe sehari makan 6 kali ok.. Then hostel sy ni antara hostel paling mewah kat malaysia.. huhu xmain la katil double daker.. dlm 1 bilik ada 8 katil, tiap bilik ada toilet n bilik air.. meh sy tunjuk sikit camana hostel sy


 ni bilik sy.. kaltil sy yg ujung, depan pintu stor tu. hehe



eh eh, dah mcm lari topik je.. hahahahahahaha nak cite pasal apa sbnrnya ni? Ok balik cite mula2 lah.. sbnrnya ni pasal sejenis berry yg blh bg kita kurus, which is they called it ACAI BERRY. So hati2 ye..

check out link kat bawah ni.

Beware

P/S : fenaaaatt.. baru smpi umah. 6 hour jalan2 kat jusco.. siap massage. hehe