what i m selling

what i m selling

JOM ORDER??

Name:
contact no:

This HTML form was created by Freedback.

Wednesday, 10 July 2013

Ahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum gojes2 semua... Actually smlm kat saudi diorang dah start puasa.. Tapi Malaysia ni xtahu la kan, ikut sangat kalendar.. Xpelah mana yg tahu, alhamdulillah.. Mana yg xtahu, kita dalami lagi ilmu. Janganlah kita ikut membuta tuli sahaja. Semalam jugak sy pegi jusco utk shopping groceries. Sy pegi dgn son je. Hubby dia kena pegi DBKL dgn abg shoffi. So dia xblh nk teman kitorang. I ambik taxi.. well dah biasa angkut anak sana sini with public transport sorang2. So skrg dia makin besar, dah pandai jalan, senang sikit lah nak bawak. Cuma kena more alert sbb dia jalan laju. Xtengok kiri kanan. Pastu yg sy nak cerita ni pasal driver taxi yg bawak kitorang pegi jusco. Dia ad bawak anak dia skali. Anak dia umo 2years++.. Dia kata dia dapat anak selepas 6 tahun kawin.. Tapi yg sy tertarik nk cerita kat korang ni pasal topic yg kitorang sembang. Dia kata zaman skrg ni xpayah anak ramai2.. 1-2 org pun dah cukup. Pastu sy wonder jgk knp dia ckp mcm tu. Then dia kata zaman skrg ni xpayah anak ramai2.. 1-2 orang pun dah ckup.. Zaman skrg xsama dgn zaman dulu2.. Skrg ni semua canggih, kita silap or leka sikit je mendidik anak, hmmm mmg ssh. Daripada anak ramai2, pastu kita gagal mendidik, lebih baik ada anak sorang, kita didik betul2.. Bg didikan agama yg cukup...Dia ckap lagi, xmustahil anak2 ni jgaklah yg bakal mengheret kita ke neraka kerana kegagalan kita mendidik mereka. Ok fine apa yg dia kata tu betul jugak.. Skrg ni mak bapak semua busy mengejar harta dunia. Cuba kita fikir berapa ramai yg sanggup jaga anak sendiri drpd yg hantar anak ke nursery. Bila balik rumah, sempat x kita ajar anak solat, anak mengaji.. Jangan hairanlah knp anak2 zaman skrg buruk akhlaknya. Nauzubillah.. Menggigil tangan ni menaip.. Moga anakku Adam tergolong dlm golongan yg cantik akhlaknya. Amiinn...

Dikesempatan ni jugak, dgn rendah diri sy nak minta maaf kat semua yg pnh terasa hati dgn sy.. Dan sy dgn rela hati memaafkan semua..



p/s : Orang yg mudah memaafkan dan memberi maaf adalah orang yg dekat dgn ALLAH"
semoga kita tergolong dalam golongan itu...

No comments:

Post a Comment